nasi lemak simple

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

? Nasi Lemak Santan Kara ?

nasi lemak simple

BAHAN-BAHAN

  • Bahan2 untuk Nasi Lemak:
  • 3 cawan beras
  • 1 kotak kecil santan Kara (200ml)
  • 2-3 helai daun pandan diikat
  • Secubit garam untuk perasa
  • Air
  • Bahan2 untuk Ikan Goreng:
  • Ikan selar kuning atau ikan tamban (dibuang sisik & dibersihkan)
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Garam untuk perasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Bahan2 untuk Sambal:
  • Untuk sambal, boleh cuba resipi: http://www.myresipi.com/top/detail/19993
  • Bahan2 untuk dihidangkan bersama nasi lemak:
  • Terpulanglah.. hidang dgn telur goreng ke, keropok ke, timun ke, ikan bilis ke, kacang ke, ayam goreng ke.. ikut selera masing2
CARA PENYEDIAAN
  • Cara memasak nasi lemak: Bersihkan beras seperti biasa. Kemudian masukkan santan dan air hingga level 3 (periuk nasi electrik). Taburkan secubit garam dan kacau seketika. Masukkan daun pandan dan biarkan nasi masak. Bila nasi sudah masak, buka periuk, gaul nasi dan tutup semula. Biarkan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum dihidangkan.
  • Cara menyiapkan ikan goreng: Ikan yg sudah dibersihkan tadi, digaulkan dgn serbuk kunyit, serbuk cili dan sedikit garam. Quantiti serbuk kunyit dan serbuk cili ialah 1:1. Saya gemar menggunakan serbuk dari Babas atau House Brand. Eh, macam promote pulak! Hehe..Terpulang ok! Ok, selepas tu, gorenglah ikan di dalam minyak yang panas dan banyak sehingga ikan masak dan sikit garing. Sebenarnya, dalam proses masak resipi Nasi Lemak Simple ni, saya suka goreng ikan paling last. Sebab ikan goreng sedap dihidangkan bila masih panas dan garing. Lagi2 kalau ikan tamban, syiok makan garing2.. dgn kepala2 dan tulang2 pun boleh telan!
  • Hidangkan nasi lemak panas2 bersama ikan goreng, sambal dan bahan2 sampingan lain mengikut selera. Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN