Nasi Lemak Hujan Panas

Boleh menarik minat anak2 untuk makan nasi…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Lemak Hujan Panas

Boleh menarik minat anak2 untuk makan nasi…

BAHAN-BAHAN

  • * 2 mug beras (dicuci bersih)
  • * 1/2 mug santan pekat
  • * 2 mug air (ikut jenis beras)
  • * 1 biji bawang putih (di mayang halus)
  • * 1/2 inchi halia (di ketuk / dihiris halus)
  • * 1/2 sudu kecil halba
  • * 1 sudu kecil garam
  • * Sehelai daun pandan
  • * Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
  • Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
  • Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna…satu warna untuk satu lubang.
  • Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
  • Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas…tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
  • Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.
  • *gambar kecik kat atas tu Sardin Serai…

    Tumis bawang putih & bawang merah dan sedikit halia. Masukkan sardin dan sebatang serai yg diketuk. Masukkan sedikit air dan cili api. Campurkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan perasa. dah siap!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago