Kalau dah bosan makan nasi putih, kita cuba nasi kuning pulak..hehe~..Enak dimakan bersama ayam percik.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Kuning

Kalau dah bosan makan nasi putih, kita cuba nasi kuning pulak..hehe~..Enak dimakan bersama ayam percik.

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1-2 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2.5 cm halia
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji bawang besar (dimayang halus)
  • Minyak masak
  • Sedikit daun sup untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bawang besar sehingga kuning.
  • Masukkan air dan kunyit ke dalam tumisan. Letakkan garam secukup rasa.
  • Biarkan masak selama 5 minit. Alihkan dari api dan biarkan sebentar.
  • Masukkan beras yang telah dibasuh bersih ke dalam periuk nasi. Kemudian, masukkan bahan di atas ke dalam beras.
  • Masukkan hirisan halia. Tanak beras sehingga masak.
  • Tabur daun sup di atas nasi yang telah masak.Selamat makan!

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN