Sesuai dimakan bila-bila masa.. dengan lauk kesukaan masing-masing.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Jagung

Sesuai dimakan bila-bila masa.. dengan lauk kesukaan masing-masing.

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin jagung (yang berbiji-biji) – ditoskan airnye
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan gajus/badam yang telah dikisar
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Sedikit halia*
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • Sedikit garam
  • Kisar bahan yang bertanda *
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh beras hingga bersih. Rendam lebih kurang 20-30 minit.
  • Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yang telah dikisar. Tumis hingga wangi dan garing.
  • Masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. Didihkan.
  • Setelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yang dikisar dan beras. Kacau rata dan didihkan lagi.
  • Setelah nasi hampir kering, masukkan jagung. Balik-balikkan nasi dan tutup periuk. Kecilkan apinya dan masaklah hingga tanak.
  • ***Kalau tak suke jagung, boleh digantikan dengan sayur campur. Hidanglah nasi dengan bawang goreng, kismis atau badam/gajus yang telah digoreng dulu.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN