Boleh dimasak bila-bila suka

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Impit & Kuah Kacang

Boleh dimasak bila-bila suka

BAHAN-BAHAN

  • Nasi impit segera (apa2 brand, nona ke adabi ke .)
  • 10 biji bawang merah } kisar
  • 3 ulas bawang putih } kisar
  • 1 inci halia } kisar
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 senduk cili kering kisar (boleh tambah jika suka pedas)
  • 200gm kacang tanah, disangai, dibuang kulit dan di kisar halus
  • secukup gula merah atau gula melaka atau brown sugar (ikut suka nak manis cam mana, ok)
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Nasi impit – rebus sampai masak dan lebih elok sekiranya sampai agak halus (pastikan air melebihi nasi impit) , setelah puas hati dengan kehalusan nasi kotak ni, bolehlah dikeluarkan dari periuk dan tapis supaya air yg berlebihan tidak terendam, perlu tunggu hingga sejuk untuk mendapat potongan yg cantik… (ni tips untuk yg baru belajar buat.. yg dah teror tak payahlah ya tak?
  • Kuah kacang – Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai sampai wangi.
  • Masukkan pula cili kering kisar, masak sampai cili masak dan sedikit garing
  • Masukkan air asam jawa, kacang dan air, kacau sebati dan biar merenih
  • Masukkan pula gula merah/gula melaka, rasakan juga dengan garam n pak aji… jika perlu tambah tambah air sekiranya kacang menjadi terlalu pekat dan rasakan sekali lagi garam gulanya..
  • Kacau selalu dan biar mendidih siap… potong nasi impit dan makan dengan kuah kacangnya… selamat mencuba..
  • Boleh juga pergi ke website saya di http//khazanahdapurku.blogspot.com
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN