Resipi mudah, kejap je dah boleh makan. Tapi sedappp… ; )

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Goreng Udang Kering

Resipi mudah, kejap je dah boleh makan. Tapi sedappp… ; )

BAHAN-BAHAN

  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili api
  • 1 sudu besar udang kering
  • 2 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 batang lobak merah (potong dadu)
  • Sedikit batang brokoli (potong dadu)
  • 1 cawan nasi putih
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu besar minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan udang kering.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan2 yang ditumbuk tadi sampai garing.
  • Masukkan lobak merah, kacau sebentar biar masak. Kemudian, masukkan batang brokoli.
  • Masukkan pula sos tiram, kacau rata.
  • Kemudian, masukkan nasi putih, gaul sebati. Kacau sampai nasi agak garing dan bergaul rata.
  • Keluarkan nasi, masukkan ke dalam pinggan.
  • Dalam kuali yang sama, pecahkan telur dan hancurkan. Biar telur masak sebentar. Kemudian, keluarkan dan hidang dengan nasi tadi.
  • Selamat menjamu selera! ;>

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN