Bagaimana cara nak masak Nasi Goreng Daun Kesum?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Goreng Daun Kesum

Bagaimana cara nak masak Nasi Goreng Daun Kesum?

BAHAN-BAHAN

  • 1 keping dada ayam tanpa kulit 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 3 biji cili merah 
  • 10 biji cili api 
  • 5 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
    (Cili merah, cili api, bawang merah & bawang putih dikisar bersama)
  • Garam secukup rasa 
  • 4 cawan nasi sejuk (diperoi) 
  • 3 urat kacang panjang (dipotong kecil) 
  • ½ batang lobak merah (dipotong dadu) 
  • 10 tangkai daun kesum (dihiris)
CARA PENYEDIAAN
    1. Hiris nipis dan kecil dada ayam. 
    2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. 
    3. Masukkan ayam dan garam. Kacau rata. 
    4. Masukkan nasi, kacang panjang, lobak merah, dan daun kesum. Kacau rata lagi. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN