Nasi Goreng Butter

Resipi sendiri, bukan apa….sebab minyak sudah habis, jadi ada mentega…maka gunalah seadanya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Goreng Butter

Resipi sendiri, bukan apa….sebab minyak sudah habis, jadi ada mentega…maka gunalah seadanya.

BAHAN-BAHAN

  • 2 mangkuk nasi putih
  • Bahan Tumbuk:
  • Seulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • Sedikit ikan bilis – kalau tidak mahu letak pun boleh
  • 3 tangkai cili hijau
  • 2 sudu besar mentega
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
  • Bahan hiasan – sayur campur dan sosej dihiris nipis
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan bahan tumbuk dan tumbuk sampai halus. Kemudian cairkan mentega di dalam kuali (jangan terlalu panas nanti hitam).
  • Tumiskan bahan tumbuk sampai naik bau/garing. Masukkan daging sosej yang dipotong nipis dan gaul rata. Lepas itu, masukkan sayur campur dan gaul lagi.
  • Pastikan bahan tadi hampir garing barulah dimasukkan nasi dan digaul sebati. Akhir sekali, masukkan bahan perasa dan garam. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago