Masakan penuh dengan protein, masa membuat 30 minit, Ciptaan saya sendiri.. hehehe sila lah mencuba.. ;)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Goreng Ayam Daging
Masakan penuh dengan protein, masa membuat 30 minit, Ciptaan saya sendiri.. hehehe sila lah mencuba.. ;)
BAHAN-BAHAN
- * Nasi Sejuk ( nasi yang telah dimasak sehari )
* Daging Ayam dipotong kecil dan digoreng kosong
* Daging Direbus sehingga empuk
* Cili padi ( ikut kepedasan anda ) **
* Bawang Kecil 7 Ulas **
* Bawang Putih 4 Ulas **
* Telur (2biji)
* Garam (secukup rasa - Hiasan
* Kacang panjang dipotong bulat
* Lobak dihiris panjang
* Tomato
* Daun Salad
CARA PENYEDIAAN
- 1- Bland kan semua barang bertanda ** dibelakang
2- tumis bahan yang telah dibland kan sehingga sedikit kering
3- masukkan air rebusan daging bersama daging berkenaan. Tunggu sehingga naik bau dan kering.
4- masukkan kiub ayam, garam secukup rasa. boleh juga dimasukkan ajinamoto sekiranya perlu.
5- masukkan nasi sejuk kedalam bahan yang telah ditumiskan. kacau sehingga rata
6- pecahkan telur sebiji, sebiji
7- masukkan bahan hiasan seperti kacang panjang dan lobak. gaul lagi
8- Masukkan daging ayam yang telah digoreng. Boleh juga di makan bersama daging ayam seperti gambar diatas. Selamat Mencuba.. ;)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.