Kombinasi resipi nasi daging Penang dan Kedah dan diolah untuk mendapatkan rasa yang sedap dan mudah dibuat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Daging Utara

Kombinasi resipi nasi daging Penang dan Kedah dan diolah untuk mendapatkan rasa yang sedap dan mudah dibuat.

BAHAN-BAHAN

  • 5 cawan beras (jika menggunakan beras Brasmathi boleh ditambah beras biasa)
  • 1 kilo daging (bahagian lembut tanpa lemak)
  • 1 paket serbuk kari (peket kecil)
  • 1 paket sup bunjut adabi
  • Penumis (bunga lawang, kayu manis, dan pelaga)
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 senduk kecil minyak masak
  • 1 cawan tomata puree
  • 1 cawan susu cair
  • 1 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan serbuk kari daging (yang telah masukkan dengan air) bersama sup bunjut sehingga garing.
  • Masukkan daging yang telah dipotong dadu kedalam periuk tadi dan masukkan 2 jag air. Tujuan nya adalah untuk melembutkan daging dan menyediakan stok daging.
  • Beras di basuh dan ditoskan
  • Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumiskan bahan penumis dan halia sehingga wangi. Masukkan daun pandan.
  • Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan tadi, kacau sebentar sebelum masukkan daging dan air rebusan daging tadi. (Sukatan air rebusan daging adalah bagi yang menggunakan brasmathi sukatan adalah 1 nisbah 1 tetapi untuk beras biasa 1 nisbah 1 1/2)
  • Apabila nasi hampir masak masukkan tomato puree dan susu cair dan biarkan sehingga masak.
  • Nasi Daging biasa nya dimakan bersama kuah asam iaitu (hirisan bawang, tomato yang dipotong dadu, bunga kantan, cili hijau/merah dan digaul dengan air asam dan perahan limau kasturi serta garam dan gula)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending