Resepi dari ibu.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Daging Sempoi
Resepi dari ibu.
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan beras basmathi @ beras Taj Mahal Faiza
- 1/2 kg daging lembu
- 3 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 5 – 6 sudu besar rempah kurma daging
- 4 sudu besar minyak sapi
- Air (ikut sukatan beras yang digunakan)
- Bahan perasa
- Susu cair F&N
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 inci kayu manis
- 3-4 kuntum bunga cengkih
- Sedikit garam (tapi jangan masin sangat)
- 4-5 biji bawang merah
CARA PENYEDIAAN
- Mula-mula basuh beras dan toskan.
- Panaskan minyak sapi, masukkan bawang merah, bawang putih, halia (dihiris ), bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan goreng sehingga garing.
- Bila bahan-bahan tumis tadi dah garing dan berwarna keemasan masukkan rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air) dan biarkan rempah kurma tersebut garing dan naik bau.
- Bila dah naik bau (jangan terlalu garing takut nanti pahit) masukkan air (air ni mengikut sukatan jenis beras yang digunakan).
- Kemudian boleh masukkan susu cair (sukatan susu dan air contoh: 2 cawan air yang diperlukan untuk memasak beras Taj Mahal, masukkan 1/2 cawan susu cair dan 1 1/2 cawan lagi air).
- Bila dah masukkan semua dalam periuk bolehlah dimasak seperti nasi biasa sehingga kering.
- Boleh dimakan bersama sambal tumis udang @ sotong dan kerabu tomato.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.