yogurt baik untuk penghadaman..sesuai dicampur dengan pelbagai masakan untuk rasa yang lebih umphh..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Carrot & Yogurt
yogurt baik untuk penghadaman..sesuai dicampur dengan pelbagai masakan untuk rasa yang lebih umphh..
BAHAN-BAHAN
- 10 biji cili hijau*
- 1/2 sk serbuk jintan putih*
- 1/2 sk serbuk lada hitam*
- 2 sb rempah kurma*
- 2 sb minyak masak
- 1 sb minyak sapi
- 2 biji bawang besar dihiris
- 3 biji bawang putih dihiris
- rempah 4 sekawan: sebatang kayu manis,4 biji buah pelaga,4 biji cengkih,1 kuntum bunga lawang
- 500gm beras basmathi,dibasuh dan toskan
- 2 cwn air(anggaran untuk beras..jike perlu,tambah sket lagi..)
- 1 cwn carrot diparut kasar-lebih kurang 2 btg carrot
- 3 biji tomato dipotong dadu
- 2 sb Maggi Concentrated Chicken Stok @ 1 kiub ayam
- 5 sb Nestle Yogurt ‘set’ Asli @ ape2 yogurt asli pon boleh
(resipi asal dari buku masak Nestle Yogurt..so seme bahan2 dia je laa..)
CARA PENYEDIAAN
- Kisar halus bahan bertanda *
- Panaskan minyak & minyak sapi dalam periuk rice cooker,tumis bawang2,rempah 4 sekawan dan bahan bertanda* hingga wangi dan pecah minyak
- Masukkan air,chicken stock concentrate @ kiub ayam,yogurt dan tomato dan biarkan mendidih sekejap
- Masukkan parutan carrot dan beras,kacau sebati
- Alihkan periuk kedalam rice cooker dan ‘on’ kan button cook..tanak nasik seperti biasa
Sesuai dihidangkan dengan ayam masak merah,daging goreng berempah dan acar timun..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.