Bagaimana cara nak masak Nasi Beriani Ikan?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Beriani Ikan

Bagaimana cara nak masak Nasi Beriani Ikan?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 3 cawan beras basmati 
  • 3 keping (500 g) ikan tenggiri 
  • 2 sudu makan rempah beriani 
  • 4 cawan air 
  • ½ cawan susu cair 
  • ½ cawan gajus goreng 
  • 3 sudu makan minyak sapi 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Tumisan)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih  (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)                
  • 1 batang serai (Diketuk) 
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 3 tangkai daun kari
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan. 
    2. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan B sehingga wangi. 
    3. Masukkan rempah beriani dan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan susu cair. 
    4. Masukkan ikan dan garam. Kacau perlahan-lahan. Biarkan 5-6 minit sehingga ikan masak. Keluarkan ikan dan ketepikan. 
    5. Masukkan beras dan air. Masakkan sehingga nasi kering. 
    6. Masukkan ikan semula dan masakkan lagi selama 4-5 minit. 
    7. Taburkan gajus goreng dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN