Resipi asal daripada pakcik saya yang biasa memasak untuk kenduri, tapi saya sudah ubah suai sikit untuk lebih memudahkan =)
Nasi beriani ni memang glamour di tempat saya, sedap dimakan bersama daging baryani, ayam masak merah dan paceri nanas.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Beriani Batu Pahat

Resipi asal daripada pakcik saya yang biasa memasak untuk kenduri, tapi saya sudah ubah suai sikit untuk lebih memudahkan =)
Nasi beriani ni memang glamour di tempat saya, sedap dimakan bersama daging baryani, ayam masak merah dan paceri nanas.

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan beras basmathi
  • Sedikit rempah tumis
  • *6 ulas bawang merah (kisar)
  • *5 ulas bawang putih (kisar)
  • *2 inci halia (kisar)
  • Setengah biji bawang besar (hiris)
  • Sedikit daun pudina, daun bawang dan daun sup
  • 2-3 sudu makan minyak sapi
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
  • 2 sudu makan rempah beriani
  • 4 setengah cawan air
  • Setengah cawan susu cair
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak sapi, kemudian tumis rempah tumis dan rempah beriani.
  • Masukkan bawang hiris, gorengkan sebentar. Kemudian, masukkan pula 2 sudu makan campuran bawang merah + halia + bawang putih yang dikisar tadi. (Baki campuran akan diguna untuk kuah daging beriani).
  • Masukkan air, tunggu sampai didih.
  • Masukkan daun bawang, daun pudina dan daun sup. Masukkan juga garam. Kemudian, masukkan pula beras. Kacaukan.
  • Pindahkan periuk ke dalam periuk nasi (‘rice cooker’). Biar nasi masak.
  • Bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yang ada dalam periuk tu. Kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya. Titikkan pewarna dan kacaukan.
  • Masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging beriani ke dalam nasi. Kacau rata. (Nak lebih sedap, masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi).
  • Masukkan gajus dan kismis. Sedia untuk dihidangkan.
  • Untuk resipi kuah daging, boleh rujuk: http://www.myresipi.com/top/detail/1951

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN