Bagaimana cara nak masak Nasi Bakar?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Bakar

Bagaimana cara nak masak Nasi Bakar?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 3 cawan beras wangi  (dibasuh dan tuskan) 
  • 3 batang serai (diketuk) 
  • 5 helai daun salam (bay leave) 
  • 6 kuntum bunga cengkih 
  • 3 cawan santan 
  • ½ batang lobak merah (dihiris kecil) 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun pisang secukupnya 
  • Bahan B (Sambal)
  • 1 sudu makan minyak masak 
  • 3 biji cili merah 
  • 10 biji cili api 
  • 1 sudu teh belacan 
  • 2 biji tomato 
  • 1 sudu makan asam jawa
CARA PENYEDIAAN
    1. Masukkan beras bersama semua bahan A kecuali daun pisang ke dalam periuk nasi elektrik. 
    2. Masakkan sehingga nasi kering. 
    3. Layurkan daun pisang dan lap bersih. 
    4. Sendukkan nasi ke atas daun pisang. Gulungkan dan lipat kedua-dua hujungnya dengan kemas. 
    5. Bakar di atas pemanggang selama 15 minit sambil terbalikkan kedua-dua bahagian. 
    6. Panaskan minyak masak dan gorengkan semua bahan B kecuali asam jawa. 
    7. Tumbuk bahan B dan gaulkan dengan asam jawa. 
    8. Hidangkan nasi bakar dengan sambal dan ulamulaman. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN