Istimewa untuk penggemar nasi ayam….
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Ayam Ipoh
Istimewa untuk penggemar nasi ayam….
BAHAN-BAHAN
- *BAHAN NASI*
- 4 mug beras
- 4 1/2 mug air rebusan ayam
- 2 inci halia*
- 3 biji bawang putih*
- 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia…yg ada buah dia tu sekali)
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 helai daun pandan
- 4 sudu mentega
- *BAHAN AYAM*
- 1 ekor ayam
- 3 biji bawang putih*
- 1 inci halia*
- 3 sudu besar kicap lemak manis
- 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
- 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
- *BAHAN SUP*
- air secukupnya
- 4 bawang putih diketuk
- 3 inci halia di hiris
- 3 helai batang bawang
- 1 biji sengkuang dipotong dadu
- 1 sudu besar serbuk lada sulah
- *BAHAN CILI*
- 10/15 biji cili burung
- 6 biji cili merah
- sedikit halia (ambik dari rebusan)
- 5/6 biji bawang putih
- 1 biji limau kasturi/nipis
- sedikit air dari air rebusan ayam
- garam n gula secukupnya
- *BAHAN KICAP*
- 5 biji cili burung
- sedikit halia (ambik dari rebusan)
- 4/5 biji bawang putih
- kicap secukupnya
- air rebusan ayam secukupnya
- tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
- *BAHAN TAMBAHAN*
- tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
- utk sos kicap tu..letak 2 sudu besar sos tiram..saya tertinggal bahan ni rupanya…sorry pada semua yg dah mencuba resepi ni…saya tak perasan…boleh tambah kicap pekat jika ada…
CARA PENYEDIAAN
- mula2 buat air rebusan ayam…(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan…kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
- selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
- cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
- penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain…kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
kalau nak goring jgn goring terlalu lama…agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus. - cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
- cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
- cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
- selepas semua dah masak, boleh la di makan…cara penyediaan…timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.