Sesuai untuk orang2 busy mcm saye…hehehe

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Ayam Express

Sesuai untuk orang2 busy mcm saye…hehehe

BAHAN-BAHAN

  • 1 ayam potong 10
  • *Bawang merah-6 biji-Blend
  • *Bawang putih-5 ulas-Blend
  • *Kayu manis-2 batang,
    Buah pelaga-4 biji,
    Bunga cengkih-4,
    Bunga lawang-2
  • Segenggam cili kering-rendam dalam air panas dan potong
  • Cili padi-5 kalau suka pedas
  • Tomato-1 biji saiz sederhana besar
  • Sos tiram
  • Kicap Manis
  • Madu
  • Butter- 2 sudu besar
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ayam. Rebus dalam air lebih kurang 2liter. Boleh tambah stok ayam Maggi atau Knorr. Lagi lama lagi sedap
  • Tumis bahan2 bertanda *. Nanti semua ni akan guna untuk nasi, sup, kicap dan ayam
  • Untuk nasi:
    Bersihkan beras. Masukkan 2 sudu besar butter. Masukkan air rebusan ayam paras macam biasa masak nasi. Masukkan bahan bertanda * 2 sudu besar sekali dengan beberapa rempah tu. perisakan dengan garam
  • Untuk kicap:
    Air rebusan ayam. Sesudu sos tiram. 2 sudu kicap manis. Sesudu bahan bertanda *
  • Untuk sos cili: Rendam cili kering dalam air panas dan potong2 buang biji. Masukkan dalam blender bersama sebiji tomato, 5 biji cili padi, 2 sudu besar gula, 1/2 sudu kecil garam dan suku cawan air rebusan ayam
  • Untuk ayam: Angkat ayam yg direbus. Gaul dengan *. 1 sudu sos tiram. 2 sudu kicap. Goreng bila minyak dah panas dan api besar. Goreng sekejap. Tos dan curahkan madu. Gaul
  • Untuk sup: bubuh * yang selebihnya perisakan dengan garam. nk bubuh sup bunjut pun boleh
  • Siap!!! Boleh makan!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN