Antara masakan kegemaran my hubby…Mula di try n error masa bujang dolu pakai agak-agaknya bahan-bahannya.Nasib baik menjadi…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Ayam Best
Antara masakan kegemaran my hubby…Mula di try n error masa bujang dolu pakai agak-agaknya bahan-bahannya.Nasib baik menjadi…
BAHAN-BAHAN
- Nasi :
- 4 cawan beras
- 5 ½ cawan stok ayam (sup ayam yang direbus)
- 3 ulas bawang merah ditumbuk
- 2 ulas bawang putih ditumbuk
- ½ inci halia ditumbuk
- Rempah menumis ( kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih )
- 3 sudu planta
- 2 helai daun pandan
- Ayam (Bahan-bahan perap) :
- ½ ekor ayam
- 3 ulas bawang putih ditumbuk
- 4 ulas bawang merah ditumbuk
- ½ inci halia ditumbuk
- ½ sudu teh jintan manis & jintan putih ditumbuk
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 ½ sudu besar kicap pekat
- 4 sudu besar kicap manis
- Sup :
- 2 kiub stok ayam maggi
- 1 paket sup bunjut
- 2 ulas bawang merah ditumbuk
- 1 ulas bawang putih ditumbuk
- 1 ulas bawang putih diketuk
- ½ inci halia ditumbuk
- Daun sup
- Sambal kicap :
- 5-8 batang cili padi *
- 1 ulas bawang putih *
- Kicap manis
- Garam secukup rasa
- Bahan bertanda * ditumbuk dan digaul bersama kicap manis dan garam
- Sos :
Sos cili thai
CARA PENYEDIAAN
- Rebus ayam di dalam air. Agak-agak air cukup untuk dicampur ke dalam beras untuk menanak nasi dan sebagai sup. Campurkan 2 ketul kiub stok ayam dan 1 paket sup bunjut serta bawang putih yang diketuk ke dalam air rebusan ayam.
- Perapkan ayam dengan bahan-bahan perap. Seelok-eloknya perap lebih lama. Paling kurang pun dalam 45 minit. LAGI LAMA LAGI SEDAP.
- Ambil kuah stok ayam dalam anggaran 5 ½ cawan untuk menanak nasi.
- Dalam masa yang sama tambahkan bawang merah, bawang putih, halia yang ditumbuk ke dalam sup.Tutup api bila sup masak sepenuhnya.
- Basuhkan beras. Tambahkan air rebusan ayam ke dalam periuk nasi.
- Tumis darat bahan-bahan seperti bawang merah,bawang putih, halia, bahan-bahan penumis dan serai dengan menggunakan planta menggunakan kuali biasa di atas dapur gas. Tumis hingga garing.
- Goreng atau bakar ayam yang telah diperap tadi. Oleh kerana ayam telah direbus, masa untuk membakar dan menggoreng dapat dijimatkan malah isi ayam menjadi lebih lembut.
- Nasi ayam boleh dimakan bersama daun salad, tomato, carrot yang dihiris halus serta kacang tanah goreng. Memang sedap. Cuba la ye
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.