resepi diambil dr internet tapi diubah sedikit sebanyak mengikut citarasa saya…amat mudah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Ayam Bali Villa

resepi diambil dr internet tapi diubah sedikit sebanyak mengikut citarasa saya…amat mudah.

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN2 UTK NASI:
  • 3 cawan beras(basuh&tos)
  • air rebusan ayam(bergantung kpd byk mana nasi dimasak)
  • 2 ulas bwng merah&putih-hiris
  • 2 cm halia-tumbuk
  • 3 biji bunga cengkih&bunga lawang
  • 1 sudu kecil buah pelaga
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 1 batang serai-tumbuk
  • Minyak sedikit utk menumis
  • BAHAN2 UTK AYAM:
  • 1/2 ekor ayam(potong kecil)
  • 2 cm halia-tumbuk
  • 2 ulas bawang merah-tumbuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis&masin
  • Sedikit garam
  • Minyak utk menggoreng
  • BAHAN2 UTK SUP:
  • Air rebusan ayam
  • 1 batang saleri-hiris
  • 1/2 batang lobak merah-hiris
  • Sedikit cendawan tiram-ceraikan
  • 1 ulas bwng merah&putih utk menumis
  • Sedikit daun sup&bwang goreng-hiasan
  • Sedikit minyak utk menumis
  • BAHAN2 UTK SOS:
  • 5 biji cili merah-buang biji
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula
  • Garam&air asam jawa secukup rasa
  • BAHAN2 UTK HIASAN:
  • 1 biji tomato-potong bulat
  • 1 biji timun-potong serong
  • Daun salad
CARA PENYEDIAAN
  • CARA2 MASAK NASI:
    Tumis semua bahan kecuali serai&air rebusan didalam periuk.Setelah naik bau,masukkan air rebusan ayam& serai ke dlm tumisan tersebut.Tuang bahan2 tersebut kedalam periuk letrik berisi beras yg telah dibasuh serta tos tadi.Masak nasi seperti biasa.
  • CARA2 MASAK AYAM:Toskan ayam yg telah direbus.Lumur ayam dgn halia&bawang yg telah diketuk & lumur sekali dgn sos tiram,kicap manis&masin serta sedikit garam.Goreng ayam dgn api sederhana.
  • CARA2 MASAK SUP:Tumiskan kedua2 bawang,masukkan baki air rebusan ayam.Masukkan kesemua bahan2.Hias dgn daun sup&bawang goreng.
  • CARA2 MASAK SOS:Kisar cili merah&bawang putih sehingga hancur.Masukkan gula,garam&air asam jawa.Masak diatas api sederhana sehingga agak masak dlm 10minit.
  • Siap utk dihidang..hiaskan dgn tomato,salad&timun..selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN