Napoleon Cake

Belajar dari sorg kakak kt UK. Rasanya light, sedap & unik =). Worth a try.
(sukatan utk loyang spt gmbr sebelah)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Napoleon Cake

Belajar dari sorg kakak kt UK. Rasanya light, sedap & unik =). Worth a try.
(sukatan utk loyang spt gmbr sebelah)

BAHAN-BAHAN

  • 2/3 blok pastry sheet (kalo guna loyang mcm cara dibwh perlukan 5 blok pastry)
  • Buah strawberry secukupnya – dihiris nipis
  • ** White cream**
  • 450ml double cream/fresh cream (lebihkan jika guna loyang besar)
  • 1 cawan icing sugar (boleh kurgkan ikut suka)
  • 1 sudu teh vanilla extract
  • **Custard cream**
  • 2 sudu tepung custard
  • 1/2 cawan fresh milk
  • 3 sudu gula
  • 300ml fresh milk
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven terlebih dahulu
  • 1 blok pastry dibelah dua. Setiap satunya digelek hingga nipis dgn rolling pin dan dibentuk seperti sebesar loyang yang digunakan. (Jika loyang bulat, buat bulat. Jika segi buat segi). Ulang hingga dapat 5-6 keping pastry sheet (bergantung pd ketebalan loyang).
  • Cucukkan seluruh pastry sheet dgn garpu (utk mengelakkan pastrynya kembang semasa dibakar).
  • Bakar kesemua pastry sheet dlm oven selama 15 minit dgn suhu 180 darjah atau hingga golden brown. Setelah siap ketepikan. (bakar satu2 tau, jgn bakar semua sekaligus)
  • Simpan satu pastry sheet yang telah dibakar untuk dihancurkan. Serpihan pastry yang ada juga jangan dibuang (digunakan utk finishing cake nanti).
  • **White Cream**
    Pukul double cream, icing sugar dan vanilla extract hingga pekat seperti krim (tiada lg cecair). Ketepikan.
  • **Custard Cream**
    Panaskan 300ml fresh milk + gula atas api yang perlahan (jangan sampai mendidih).
  • Sementara tu dlm mangkuk yg lain, campurkan tepung custard dan 1/2 cawan fresh milk dan kacau hingga sebati
  • Masukkan bancuhan tepung custard td ke dalam fresh milk yang dipanaskan. Pastikan api kecil dan sentiasa dikacau hingga pekat. Padam api dan ketepikan
  • **Susunan kek**

    Susun pastry dibawah sekali

  • Kemudian masukkan sedikit white cream dan penuhkan permukaan pastry.
  • Diikuti dgn sedikit custard cream dan ratakan
  • Taburkan hirisan strawberry diatasnya
  • Ulang keempat-empat step diatas hingga penuh loyang
  • Akhir sekali, pd layer strawberry paling atas, taburkan serpihan pastry diatasnya hingga menutupi seluruh kek
  • Sejukkan selama 4-5 jam. Sedia dihidang

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago