Sehingga kini kuih zaman nenek-nenek kita dulu masih laku, paling senang hendak membuatnya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nagasari

Sehingga kini kuih zaman nenek-nenek kita dulu masih laku, paling senang hendak membuatnya.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung beras
  • 5 cawan santan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 5 biji pisang raja (potong serong, memanjang, membujur atau mana-mana)
  • Daun pandan, disimpul
  • Daun pisang secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Koyakkan daun pisang anggaran 20cm x 20cm dan layukan sekali lalu di atas api kecil.
  • Campurkan tepung, santan, garam, gula dan kacau hingga sebati.
  • Tapis dan kacau di atas api yang sederhana hingga pekat lalu ketepikan.
  • Ambil satu senduk adunan & letakkan di atas daun pisang yang telah dilayukan.
  • Letak sepotong dua pisang dan tutup adunan ini dengan sesenduk adunan lagi.
  • Bungkus dengan lipatan kiri & kanan.
  • Kukus di dalam kukusan dengan air yang mendidih selama 15 hingga 20 minit.
  • **Nagasari ini tidak berapa manis sangat, tapi jika pada yang suka manis bolehlah tambahkan gulanya mengikut rasa.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN