Cepat dan senang,kulit murtabak tak liat walaupun sudah sejuk

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Murtabak Paratha (Express)

Cepat dan senang,kulit murtabak tak liat walaupun sudah sejuk

BAHAN-BAHAN

  • -2 keping Roti Paratha
  • -Daging/Ayam (potong kecil-kecil/cincang)
  • -1@2 biji Ubi Kentang (potong dadu)
  • -3@4 sudu makan Rempah kari
  • -2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • -1 biji bawang besar (potong dadu)
  • -Garam,Gula
  • -Air
  • -2 biji telur (1 biji untuk 1 biji roti paratha)
CARA PENYEDIAAN
  • -Masukkan daging ke dalam kuali,keringkan airnya dahulu, kemudian masukkan minyak diikuti dengan bawang putih.
  • -Masukkan air,rempah dan kentang.Masak hingga daging dan kentang empuk.
  • -Masukkan bawang besar,garam dan gula.Masak sehingga kering.
  • -Nipiskan roti paratha (saya guna penggelek-sapu sedikit minyak di tempat yg kita nak canai tu dan juga dekat penggelek supaya ia tidak melekat)
  • -Perlahan-lahan angkat dan letakkan di atas pan yang disapu dengan sedikit minyak..(Boleh bukak api sebelum kita letakkan roti tu.Pastikan api perlahan)
  • Letakkan 3-4 sudu makan inti dengan 1 biji telur (pukul sikit telur tu)- sebiji telur untuk sebiji roti…
  • Letakkan inti di atas roti kemudian lipat. Letak sedikit minyak.Masak dengan api yang perlahan
  • (P/S-saya lebihkan garam dan gula dalam inti sebab murtabak ni makan macam tu je…kalau nak makan dengan pencicahnya tak perlula nak lebihkan garam dan gula…lagi satu kalau tak lebihkan garam dan gula, lepas letak telur rasa tu akan berkurangan )
  • Bolehla menjamu selera…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN