Bagaimana cara nak masak Mufin Coklat Kukus?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Mufin Coklat Kukus
Bagaimana cara nak masak Mufin Coklat Kukus?
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 2 sudu makan serbuk koko
- 180 g gula perang
- 2 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak jagung
- 1 cawan air
Bahan A
Bahan B
Bahan C
CARA PENYEDIAAN
- Gaul semua bahan A di dalam mangkuk supaya sebati.
- Pukul bahan B di dalam mangkuk berasingan. Kemudian, masukkan
ke dalam mangkuk bahan A. Kacau rata. - Masukkan bahan C ke dalam adunan bahan A. Kacau rata.
- Panaskan kukusan sehingga mendidih.
- Masukkan adunan ke dalam acuan kertas dan kukuskan selama 30 minit.
- Sejukkan dan hiaskan mengikut
kreativiti sendiri.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.