Cara lain utk memasak terung. Sesuai utk penggemar cheese atau masakan western.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Moussaka

Cara lain utk memasak terung. Sesuai utk penggemar cheese atau masakan western.

BAHAN-BAHAN

  • Minyak utk menumis
  • 2 biji terung, di potong bulat tebal 1cm
  • 600 gm kentang/ keledek, di kupas kulit
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 4 biji bawang putih, hiris
  • 600 gm daging/ kambing kisar
  • herbs – thyme, marjoram atau guna je yg dlm botol kecil “Italian Herbs”
  • 400 gm tomato hiris dlm tin atau buah tomato fresh, di cincang
  • 2 sudu tomato puree atau sos
  • 1 sudu oyster sos
  • gula, garam, lada putih – secukup rasa
  • 150 gm cheese – Cheddar atau yg sesuai
  • 600 ml susu segar
  • 60 gm butter
  • 50 gm tepung gandum
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng terung dlm minyak yg sedikit, separuh masak. Kentang di rebus sebijik-sebijik dan apabila hampir masak, angkat dan hiris bulat-bulat.
  • Utk isi daging, tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging, kacau sebentar. Kemudian masukkan tomato hiris, puri, herbs, oyster sos. Kacau lagi dan sekiranya agak kering, tambah sedikit air. Masak sehingga daging agak lembut. Tambah garam, gula dan lada putih mengikut rasa anda.

    Utk menyediakan sos putih, panaskan susu sebentar. Di dalam kuali, cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau selama 2 minit dan masukkan susu sedikit demi sedikit. Kacau sehingga kepekatannya seperti “whipping cream”. Tambahkan garam dan lada putih.

  • Panaskan oven pada suhu 180C. Sapukan butter pada permukaan mangkuk pembakar. Tuang isi daging, kemudian lapiskan dengan kentang, diikuti terung. Ulang lagi. Lapisan akhir di tuang sos putih di atasnya. Dan kemudian taburkan cheese..

    Bakar selama 40 minit. Utk 5 minit terakhir, naikkan suhu ke 200C utk menggaringkan cheese di atasnya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago