Roti berserat tinggi.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Mixfruits Wholemeal Loaf
Roti berserat tinggi.
BAHAN-BAHAN
- 140ml susu segar
- 1 biji telur
- 200 gm tepung gandum penuh/’wholemeal’
- 100 gm tepung berprotein tinggi/tepung roti
- 40 gm gula
- 1/2 sudu teh garam
- 30 gm mentega/marjerin
- 1 1/2 sudu teh yis segera
- 1/2 cawan buah-buahan kering
CARA PENYEDIAAN
- Mesin pembuat roti – masukkan bahan di atas mengikut turutan atau sebagaimana yang disarankan oleh mesin anda.
- Pilih fungsi untuk membuat roti gandum penuh (sekiranya ada) dan “ON”.
- Tunggu sehingga selesai & sedia untuk dihidang.
- Sekiranya anda tidak mempunyai mesin pembuat roti, anda boleh menguli dengan tangan anda.
- Gaulkan tepung, gula & garam.
- Gaulkan pula yis, masukkan susu segar & telur. Uli sehingga sebati.
- Masukkan pula mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi lembut & elastik, lebih kurang 15-20 minit (bergantung kepada tenaga pengulinya).
- Masukkan doh ke dalam mangkuk besar & tutup dengan plastik selama 40-50 minit sehingga doh naik 2 kali ganda (bergantung kepada cuaca).
- Tumbuk/keluarkan angin dari doh tadi. Rehatkan selama 10 minit.
- Masukkan buahan kering dan bolehlah diletakkan ke dalam loyang roti atau dibentuk seperti ban jika tiada loyang roti.
Rehatkan lagi selama 30-40 minit. - Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 15-20 minit pada suhu 200C.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.