Ubahsuai dari resipi Rich Choc Pudding oleh junjs11.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mint Choc Pudding

Ubahsuai dari resipi Rich Choc Pudding oleh junjs11.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A: Adunan Pudina
  • 1 cawan susu segar
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu teh serbuk agar-agar, 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh perasa pudina – beberapa titis pewarna hijau
  • 1/2 cawan air, 1 sudu besar mentega
  • Bahan B: Adunan Coklat
  • 2 1/3 cawan air
  • 2/3 cawan susu segar
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 10 sudu besar gula
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar, 2 sudu besar tepung jagung
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar mentega
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan semua bahan A dalam periuk kecuali mentega. Kacau hingga mendidih kemudian masukkan mentega. Kacau sampai pekat, tuang ke dalam acuan. Biar keras.
  • Satukan semua bahan B kecuali mentega (proses sama seperti bahan A). Kacau hingga pekat.
  • Tuang ke atas A yang sudah keras. Biar sejuk sekejap, kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  • Setelah sejuk, sedia untuk dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN