salah satu cara nak abiskan roti wholemeal anda.. ;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mini Pizza Roti Wholemeal

salah satu cara nak abiskan roti wholemeal anda.. ;)

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping roti wholemeal
  • 1 sudu makan tomato puree/sos prego
  • 1 keping daging burger (mskkan dlm oven 2 minit supaya separuh masak dan hiris nipis2)
  • 1 ketul sosej dihiris nipis
  • sedikit mozarella cheese (klu takde boleh tukar sekeping cheesedale hiris halus2)
  • 1/2 biji bawang merah hiris halus
  • 1 biji telur
  • 1/3 cili capsicum dihiris memanjang (merah/kuning/hijau)
  • secubit garam dan sedikit lada hitam ditumbuk halus
CARA PENYEDIAAN
  • Sapu roti dgn tomato puree/sos prego dan taburkan sedikit mozarella cheese rata2 lalu letakkan atas dulang yg telah di alas dgn kertas
  • Satukan daging burger yg telah dihiris nipis, bawang, cili capsicum, lada hitam dan garam secukup rasa dan gaul hingga mesra
  • Susunkan campuran daging burger tadi berselang seli dgn sosej
  • Pukul telur sebentar dgn garfu dan curahkan sedikit2 ke atas daging & sosej tadi (tak perlu byk sgt)
  • Akhir sekali taburkan cheese dan bakar dlm oven yg telah terlebih dahulu dipanaskan pada suhu 170 degree selama 15 minit
  • Nota: Bahan2 boleh tukar ikut kreativi masing2 dan suhu tu bergantung pada oven masing2 ye.. slmt mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN