Pizza mini.. senang nak buat dan senang nak pegang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mini Pizza

Pizza mini.. senang nak buat dan senang nak pegang

BAHAN-BAHAN

  • 200ml air
  • 300g tepung roti
  • 14g gula
  • 3.5g garam
  • 16g lemak sayuran (shortening)
  • 3g yis kering
  • 6g susu tepung
  • Topping:
  • – keju pizza
  • – tomato mini
  • – sosej
  • – asparagus
  • – sos tomato / sos pizza
  • – telur untuk sapu pada roti
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.
  • Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  • Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar di sebelah. Buat sehingga habis. Biarkan naik 2 kali ganda.
  • Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
  • Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN