Sesuai untuk minum petang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mini Fried Apple Pie

Sesuai untuk minum petang

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Inti:
  • 2 biji apple merah – potong dadu
  • 1/3 cawan gula (jika tak suka manis, boleh kurangkan kepada 1/4 cawan saja)
  • 1/2 sdk serbuk kayu manis
  • 1 sdb perahan jus lemon
  • 1 sdk tepung jagung + 1 sdb air
  • Bahan Pastri:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk garam
  • 1/2 cawan butter – beku (sejuk)
  • 1/2 cawan susu segar sejuk
  • **minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Inti: Dalam sauce pan (periuk @ kuali biasa boleh juga lah), campurkan apple, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
  • Campurkan jus lemon. Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal.
  • P/S: Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam @ inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.
  • Pastri: Ayak tepung dan garam. Masukkan butter dan gaul menjadi seperti serbuk roti. (Gaul guna hujung jari)
  • Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat.
  • Canai doh atas papan canai dan potong dalam bentuk segiempat (8cmx4cm).
  • Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim atau lipat ke belakang. Lebih mudah, tekan dengan garfu.
  • Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan. Jika ingin pastri lebih rangup, simpan dulu dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN