ubahsuai dari Sweet Traditional Scone dari Martha…..pejam² mate makan youuu, nak² masa mengunyah coklat yg cair tu… sedap makan time panas….utk resipi ni saya guna cadbury milk chocolate…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Milk Chocolate Scone

ubahsuai dari Sweet Traditional Scone dari Martha…..pejam² mate makan youuu, nak² masa mengunyah coklat yg cair tu… sedap makan time panas….utk resipi ni saya guna cadbury milk chocolate…

BAHAN-BAHAN

  • 170 gm tepung gandum
  • 2 sb gula
  • 3 sb baking powder
  • 5 sb mentega / margerin
  • 125 gm susu segar
  • secubit garam
  • 16 biji Milk Chocolate
  • 1 sb susu pekat + 1 sb air – larutkan untuk sapu permukaan scone
CARA PENYEDIAAN
  • Mentega / margerin dipotong kiub kecil² dan sejukkan sebentar ditempat dingin beku.
  • Ayak tepung gandum, gula halus, baking powder dan garam.Masukkan mentega yang telah beku dan ramas sehingga jadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil terus digaul kaedah kaup balik.
  • Bahagikan adunan kepada 16 bebola kecil.
  • Ambil satu bebola tadi, leperkan dan masukkan milk chocolate. tutup rapat dan bulat²kan semula.
  • susun atas dulang pembakar yang telah dilengser dengan margerin.
  • bakar pada suhu 150 C selama 15 minit – bergantung pada oven masing-masing.
  • apabila separuh masak, sapu permukaan scone dengan susu pekat yang telah dilarutkan dengan air. masukkan semula kedalam oven, biarkan sehingga masak atau scone bertukar kepada warna perang.
  • ** adunan scone tu saya buat 2 perisa, plain + milk choco filling dan chocolate + milk chocolate filling. kalau nak buat adunan scone rasa coklat, leh tambah 1/2 sk chocolate emulco dalam adunan tepung…..
  • **Saya guna Cadburry Milk Chocolate dalam resipi ni… Milk Chocolate jenama lain pun boleh digunakan… SELAMAT MENCUBA!~

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN