Bagaimana cara nak masak Mihun Goreng?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Mihun Goreng
Bagaimana cara nak masak Mihun Goreng?
BAHAN-BAHAN
- 1 paket mihun (Direndam dan tuskan)
- 10 tangkai cili kering
- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- (Cili kering, bawang merah dan bawang putih dikisar bersama)
- 200 g isi ayam (Dihiris nipis)
- 100 g sotong (Dihiris)
- 100 g udang (Dibuang kulit)
- 250 g kubis (Diracik)
- 2 pokok sawi (Dipotong pendek)
- 1 cawan tauge
- ½ cawan air
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
- Masukkan isi ayam, sotong, dan udang. Kacau rata.
- Apabila isi ayam, sotong dan udang masak, masukkan garam dan air. Biarkan mendidih.
- Masukkan kubis dan mihun. Kacau rata sehingga sebati.
- Apabila mihun sudah lembut, masukkan sawi dan tauge. Gaulkan rata supaya semua bahan sebati.
- Semasa menghidang, taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.