ringkas dan sedap

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mihun Goreng Putih

ringkas dan sedap

BAHAN-BAHAN

  • *1 bungkus mi (400gm). Rendam dalam 20-30 minit & toskan
  • *4 ulas bawang putih
  • *1 sdk garam
  • 1 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah
  • 3/4 sdb garam
  • 1 sdb serbuk lada sulah
  • 50gm udang kering – kisar halus
  • 300gm daging
  • 200gm udang
  • 200gm fishcake
  • 1-1.25 liter air
  • carrot – potong halus/ kukur
  • sawi
  • daun sup & daun bawang – racik halus
  • taugeh
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk bahan bertanda *: Tumbuk bawang putih bersama garam. Kemudian, tumis sehingga naik bau/garing. Masukkan mi yang telah ditoskan. Goreng sehingga mi agak garing/ nampak kerinting. Ketepikan.
  • Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan garam. Tumiskan sehingga naik bau/garing.
  • Masukkan serbuk lada sulah dan udang kering.
  • Masukkan pula daging, udang dan fishcake.
  • Bila daging, udang & fishcake masak, tuangkan pula air.
  • Bila air mendidih, masukkan mi yang telah digoreng tadi. Bolehlah dirasa tahap kemasinannya. Kalau kurang, tambahkan garam. Kalau suka, masukkan serbuk perisa juga.
  • Kemudian, bolehlah masukkan sayur-sayuran.
  • Taburkan dengan bawang goreng sebelum dihidang. Dan, sangat sedap bila dimakan dengan cili jeruk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN