Resepi ni dicipta sendiri sekadar suka-suka. tidak sama langsung dengan mi celup kelantan, tu sebab namanya jadi mi celur.hehe.pasal bahan tak cukup. tapi rasa & keenakkannya dijamin sedap. ^^

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mihun celur ala santai

Resepi ni dicipta sendiri sekadar suka-suka. tidak sama langsung dengan mi celup kelantan, tu sebab namanya jadi mi celur.hehe.pasal bahan tak cukup. tapi rasa & keenakkannya dijamin sedap. ^^

BAHAN-BAHAN

  • Mihun yang telah dicelur
  • 1 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • halia (agak-agak je bape inci pun)
  • 8 biji cili
  • 3 biji lada merah / lada basah
  • segenggam udang kering
  • segenggam udang geragau
  • ikan bilis (agak-agak je bape banyak nak guna)
  • sayur sawi
  • fish cake yang sudah digoreng
  • fish ball yang sudah digoreng
  • tauhu yang sudah digoreng dan dipotong dadu
  • cendawan
  • lobak merah
  • garam
  • gula
  • serbuk perasa ayam / serbuk perasa biasa
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili, lada, udang kering, udang geragau dan ikan bilis
  • Panaskan minyak dalam periuk. Bila minyak dah panas, tumiskan bahan yang telah dikisar tadi.
  • Biarkan sehingga bahan tadi betul-betul masak. Nak tau dia dah masak, minyak akan berkumpul kat atas dan nampak agak kering dari mula-mula tumis tadi.
  • Masukkan lobak merah, fish cake, fish ball dan tauhu. Letak serbuk perasa dan seterusnya letak air.
  • Masukkan garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih.
  • Bila dah mendidih, masukkan sayur sawi dan cendawan. Biar seketika.
  • Tutup api dan boleh dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN