resepi dari mamak restoran, betul2 dari mamak tulen. itu sebablah saya panggilnye mi goreng mamak real..hehehe. lagipun ni lah rahsia pes mi mamak kan..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

MI GORENG MAMAK REAL

resepi dari mamak restoran, betul2 dari mamak tulen. itu sebablah saya panggilnye mi goreng mamak real..hehehe. lagipun ni lah rahsia pes mi mamak kan..

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN2 PES :
  • 1/2 Cawan kacang tanah
  • 150g cili kering
  • 100g udang kering geragau/kepal
  • 1 genggam kacang dhal
  • 1 sb gula merah (gula pasir pun boleh)
  • air asam jawa dan garam secukupnya
  • myk masak secukupnya
  • Bahan mee :
  • 2 cekak mi kuning
  • 1 cekak taugeh, 1 btg sayur sawi, 1 biji telur
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 sb kicap cair
  • cucur udang, ubi kentang rebus, tauhu goreng, limau nipis dan bawang goreng
  • 1 sb air garam (jika mahu)
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk pes : goreng bahan2 di atas bersama myk dengan aturan kacang tanah, kacang dhal, cili kering, dan akhir sekali udang kering geragau/kepal.
  • sejukkan semua bahan digoreng tadi dan kisar halus dgn air.
  • tumiskan bahan2 kisar tadi sampai pecah minyak (minyak timbul di permukaan). Masukkan air asam jawa, gula merah dan garam secukup rasa. Rasa kepedasan, sekiranya pes anda pedas sangat boleh tambah gula lagi.Garam pun kene pandai agak sebab mi kuning dah masin.
  • Untuk mee :
  • Panaskan kuali. bila kuali dah panas masukkan 2sb minyak masak dan tumiskan bawang putih, bawang merah hingga harum.
  • Masukkan 2sb pes anda masak tadi, di sini anda kena pandai adjust rasanya..kalau nak pedas n lagi top..lebihkan pes tu pun tak pe..kemudian masukkan cucur udang, tauhu goreng, ubi kentang rebus, dan sayur sawi.
  • bila dah layu sawi, masukkan dengan segera mi kuning dan titiskan kicap cair, 1sb air garam (jika perlulah). Masak dgn api yang kuat, kalau nak mi anda basah boleh tambah sdikit air, kemudian diikuti dengan taugeh. Gaul rata
  • Bila mi dah mulai masak, kecilkan api dan tepikan mi anda dengan sudip kemudian kosongkan ruang tengah kuali, titiskan sdikit minyak dan pecahkan telur. Tutup telur dengan mi seketika dalam 30 saat la. Kuatkan api semula dan kacau mi dgn telur sbati. keseluruhan menggoreng 3-4 minit je
  • angkat mi anda dan hiaskan dengan hirisan cili, taburan bawang goreng, hirisan limau nipis, dan kacang tanah tumbuk (jika mahu lah).
    Selamat mencuba……..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN