Sesuai untuk jamuan hujung minggu atau disediakan bila2 masa saja…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Mi Beriani™

Sesuai untuk jamuan hujung minggu atau disediakan bila2 masa saja…

BAHAN-BAHAN

  • 600 g bihun
  • sedikit pewarna kuning
  • 500 g isi ayam atau daging – dipotong kecil2
  • 10 ulas bawang kecil*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 hiris halia*
  • 5 sb rempah beriani
  • 1 biji limau nipis – ambil jusnya
  • 1 cawan susu cair – (campur dgn jus limau dan ketepikan jadikan tairu )
  • 10 biji badam – direndam dan kisar
  • 1 batang lobak merah – dihiris
  • 5 biji tomato – dihiris
  • 5 batang lada hijau – dihiris
  • 1 pokok daun pudina – buang tangkainya
  • 1/2 cawan tomato puri
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • 1 labu bawang besar – dihiris dan goreng
  • secukup kayu manis,pelaga,cengkih
  • garam dan gula secukup rasa
  • secukup minyak masak untuk menumis
  • 1 cawan air – jika perlu
  • bawang goreng,daun sup dan daun bawang – utk tabur
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam bihun dalam secukup air dgn sedikit warna kuning hingga lembut.Toskan.
  • Kisar bahan2 bertanda * hingga halus. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar dan rempah beriani hingga wangi.
  • Masukkan isi ayam atau daging,badam kisar,tomato,lada hijau,tomato puri,daun pandan,daun pudina dan masak hingga daging empuk dan kuahnya pekat.Bubuh garam dan gula secukup rasa dan kacau sebati.Angkat kuah dan ketepikan.
  • Untuk mi :-**Gunakan bekas minyak dari kuah tadi dan tumis daun pandan,masukkan bawang besar goreng,kayu manis,pelaga,cengkih dan lobak merah dan gaul rata.
  • Masukkan mi dan tairu dan kacau rata2 dan masukkan 1 cawan air jika mi terlalu kering.Kacau mi hingga sebati.
  • Untuk menghidang…ambil secukup mi,bubuh dalam pinggan dan letakkan secukup lauk beriani dan taburkan atasnya dengan secukup bawang goreng,daun sup dan daun bawang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN