Megi 30 minit

…antara cara2 hamba menikmati mee megi masa bujang sehingga sekarang…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Megi 30 minit

…antara cara2 hamba menikmati mee megi masa bujang sehingga sekarang…

BAHAN-BAHAN

  • 2 bungkus mee maggi perasa kari atau asam laksa sahaja!
  • 3 ulas bawang putih(hiris nipis2)
  • 1 biji bawang besar(hiris jugak)
  • 1 biji kentang(potong kecil2)
  • Sayur2 hijau(sedikit sawi, sedikit kacang buncis, sedikit kobis atau bunga kobis)
  • 2 biji telor.
  • Kicap pekat manis cap kipas udang(jenama lain tak bes)
  • Cili sos kimball(jenama lain tak ngam dan tak bes)
  • Secubit garam jika perlu dan sehiris limau nipis.
  • 2 liter air atau 1 jag(kurangkan jika tak suka kuah banyak)
CARA PENYEDIAAN
  • Masukan air kedalam periuk, rebus dulu kentang sekejap bagi ia empuk dan masukan perencah megi berkenaan.
  • Pecahkan telor kedalam, jangan kacau, bagi telor keras dulu, kemudian baru masukan sayur2.
  • Biar ia menggelegak sebentar, tutup api, dan masukan mee megi, biar ia terendam sekejap macam buat megi 2 minit tu, sehingga mee kembang.
  • Jika dirasa kuahnya pasti rasanya tawar dan tak sedap, ini kerana disebabkan kuahnya yang banyak dan tidak padan dengan perencah yang hanya 2 peket.
  • Rahsianya bubuh 4 sudu cili sos kimball dan 4 sudu kicap pekat cap kipas udang dan secubit garam. Pasti akan terbit rasa yang anda tak sangka2….sodap!
  • Sedikit perahan asam limau nipis pasti menambah perasa. Kuantiti sos dan kicap bergantung kepada banyaknya kuah, jadi agak2 lah.
  • Jika anda tak pasti akan rasa resepi ni dan ragu2 sila buat xperimen dengan membuat megi kosong 2 minit macam biasa, guna 1/2 perencah sahaja dan try bubuh sedikit kicap dan cili sos. Rasanya lebih kurang cuma tanpa sayur dan yang lain2 jer, dan jika suka bolih la ikut seperti diatas.
  • Resepi ni hanya untuk megi perasa kari dan asam laksa sahaja…lain2 perasa tak sesuai..sos cili kimball dan kicap cap kipas udang sahaja kombinasi yang sesuai..guna yang lain hamba dah try…tak bes.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago