kegemaran seisi keluarga….resipi yang mudah & sedap..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Meehon goreng tomyam

kegemaran seisi keluarga….resipi yang mudah & sedap..

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus meehon
    5 ekor sotong putih sederhana besar
    10 ekor udang putih sederhana besar
    2 sudu besar cili blend
    2 sudu besar tomyam paste
    4 biji bawang kecil-ditumbuk
    2 biji bawang putih-ditumbuk
    sedikit lengkuas-diketuk
    2 batang serai-dihiris
    3-4 helai
  • daun limau purut-dikoyakkan
    8 biji cili padi-diketuk-ketuk
    1 batang karot-dipotong bula
    sedikit bunga kobis-dipotong kecil
    2 biji buah tomato-dipotong 6
    4 pokok daun bawang-dipotong 2″pjg
    1 biji limau nipis-ambil jusnya
    2 sudu besar sos ikan (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Lembutkan meehon dan toskan airnya. Ketepikan.
    2. Sotong dipotong bulat, dibersihkan dan disiram dengan air panas. Ketepikan. Udang dibuang kulit dan dibersihkan. Toskan keduanya.
    3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan cili blend.
    4. Gorengkan sebentar baru dimasukkan bawang tumbuk diikuti dengan pes tomyam.
    5. Masakkan seketika, masukkan sotong dan udang tadi, kacau sebati.
    6. Masukkan serai, daun limau purut karot dan bunga kobis.
    7. Apabila agak layu masukkan meehon. Kacau seketika kemudian masukkan tomato dan cili padi. Tambah dengan sedikit sos ikan dan rasalah garamnya.
    8. Akhir sekali masukkan daun bawang dan jus limau nipis.
    9. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN