resepi yang agak ringkas..sesuai untuk hidangan istimewa tp kurang masa..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

mee udang ala-ala kuale sptg

resepi yang agak ringkas..sesuai untuk hidangan istimewa tp kurang masa..

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket besar mee kuning
  • 1 ikat sawi
  • 1/2 kg udang tak kira saiz
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telur saiz A
  • 3 liter air
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • minyak masak, garam dan gula
  • cili kisar 3 sudu besar
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus udang dgn 3 liter air dlm periuk sampai mendidih. tutup api dan biarkan..
  • kisar bawang merah dan bawang putih tumis dalam minyak yang telah di panaskan dlm kuali sehingga garing sedikit dan naik bau..
  • masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing..
  • campurkan sos cili, sos tomato dan sos tiram bersama secawan air gaul dan masukkan ke dalam tumisan yang telah garing, gaul rata dan biarkan mendidih.
  • pecahkan sebiji telur dan gaul rata supaya kuah pekat, biarkan mendidih sekali lagi.
  • setelah mendidih tuangkan ke dalam periuk berisi rebusan udang tadi dan letak kembali ke atas api, masukkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan mendidih.
  • didihkan air dan celur sawi, toskan.. jgn buang air rebusan td sebalik nya celurkan pula mi kuning yang telah di cuci bersih dan toskan.
  • bila kuah dah menggelegak sempurna, boleh hidangkan dengan mi bersama cili potong, hirisan daun bawang,telur rebus dan bawang grg…
  • selamat mencuba dan selamat menjamu selera…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN