resepi dari ibunda..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

mEE sOs Macam2 ada..

resepi dari ibunda..

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus mee kuning (dibasuh bersih, kemudian celur dengan air panas seketika, toskan dan asingkan)
  • Udang (dibuang kulit)
  • Daging lembu (dihiris-hiris kecil)
  • Bebola ikan, ketam, sotong (dibelah dua, kemudian digoreng dgn minyak hingga masak kekuningan, kemudian asingkan)
  • Telor puyuh (direbus kemudian dibuang kulitnya)
  • 2 biji bawang besar *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci lengkuas *
  • semua bahan bertanda * dikisar halus
  • 1 sudu besar udang kering (ditumbuk lumat)
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)
  • 2 sudu besar cili kering (yang telah dikisar)
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 1 kiub daging lembu
  • 8 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 3 cawan besar air
  • secubit garam
  • Hiasan :
    daun sup dan daun bawang diracik halus.
    bawang goreng
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan 4 sudu minyak masak, kemudian tumiskan semua bahan yang telah dikisar dan ditumbuk lumat. Sertakan bunga lawang. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan air dan daging serta kiub daging, kacau rata dan biarkan dengan api yang sederhana perlahan. Biarkan sehingga daging empuk.
  • Kemudian masukkan sos cili dan kacau rata (jika kurang air atau sos boleh ditambah sedikit)
  • Setelah agak mendidih, barulah masukkan kesemua bebola, udang dan telor puyuh.
  • Akhir sekali masukkan gula dan garam. Kacau rata dan sedia untuk dihidang dengan tambahan hiasan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN