Menambahkan lagi resepi mee rebus….. Mee rebus yg agak popular kat johor…..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Rebus Tulang

Menambahkan lagi resepi mee rebus….. Mee rebus yg agak popular kat johor…..

BAHAN-BAHAN

  • 600 gm mee kuning
  • taugeh
  • 3-4 biji kentang (tgk saizlah eh) direbus
  • 3-4 biji telur direbus
  • 3-4 kpg tauhu di goreng
  • lada merah n bawang merah
  • caipo n limau kasturi
  • *UTK KUAH*
  • 5 sb lada boh
  • *3-4 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *2-3 batang serai
  • *1 inci lengkuas
  • *2 sb udang kering
  • 2 sb campuran ketumbar jintan disangai
  • 400 gm tulang rusuk ( takde tulang daging pun boleh)
  • 1 1/2 cwn santan pekat
  • 2 sb taucho
  • 1 1/2 sb gula merah
  • garam n perasa jika suka
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus tulang hinnga empuk…. Bila tulang hampir empuk masukkan taucho dan biarkan mereneh…. Kemudian masukkan santan pekat…
  • Sementara itu dikuali lain… tumis lada boh hingga garing…. Kisar bahan bertanda *… masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak….
  • Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis… biar garing dan naik bau… masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi…..
  • Masukkan gula merah, garam n perasa jika suka….. Biar hingga kuah pekat… (boleh letak keledek, kentang atau tepung jagung utk memekatkan kuah)
  • Rebus mee dan celur taugeh.. kemudian tapis…..
  • Potong kentang, tauhu, telur, lada merah n bawang ikut suke nak potong camaner..
  • letak mee, taugeh n bahan lain termasuk caipo dan limau kasturi… tuanglah kuah kat atasnyer….. siap….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN