resepi ni dari turun temurun ..keluarga ku. rasanya sedap lain dari yg lain..,cuba lah…!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

mee rebus powernyer…

resepi ni dari turun temurun ..keluarga ku. rasanya sedap lain dari yg lain..,cuba lah…!!

BAHAN-BAHAN

  • 3biji keledek oren , 3biji keledek kuning, 4biji ketang (direbus tampa buang kulit).
  • 1/2kg daging tetel, 1/2kg paru(direbus mengunakan air rebusan keledek tadi, hingga empuk.)
  • 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, 1 inci halia, 6 biji lada merah hidup, sedikit udang kering ( di kisar halus )
  • 1 atau 2 batang serai(dititik)
  • gula melaka 1buku /1 biji(kalau takut manis boleh guna setegah buku shj..,ikut citarasa anda)
  • serbuk lada hitam -2 sudu teh shj.
  • Bahan-bahan hiasan.
  • 6 biji limau sambal(dibelah dua)
  • daun sup dan daun bawang( di hiris )
  • 6 biji cili hijau( dihiris)
  • tauge -50sen(di celur)
  • 1pek – mee kuning ( di celur sedikit)
  • 6biji – telur ayam( direbus dan dibelah dua)
  • 1pek kecil- bawang goreng(ikut citara sendiri)
  • kicap cair utk penambah rasa( diletak sedikit pd mee kuning ,bila nk makan)
  • bahan – bahan untuk membuat kerak mee rebus
  • 1 biji telur ayam, 2 sudu besar- tepung beras ,1 sudu tepung gandum ,2cawan air , satu titik perwarna kuning, dan sedikit sebuk penaik.
  • tips: kesemua bahan di atas, boleh di kisar guna blender …,dan masa nk goreng kerak tu..guna penebar roti jala..,lg senang.
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • mula-mula ambil keledek yg telah direbus tadi..,buang kulitnya semasa ia sudah sejuk…,kemudian masukkan keledek yg telah di kupas tadi di dalam blender dgn mengunakan air rebusan tadi.
  • kemudian ambil bawang merah,bawang putih, halia, udang kering lada merah hidup + 4biji cili padi merah..(kalau suka pedaslah), kisar guna blender, kemudian ambil air lebihan rebusan tadi ..,didihkan,kemudian masukkan bahan yg di kisar td kedlmnya..,dan biar seketika , kemudian masukkan serai yg telah dititik td, gula melaka dan serbuk lada hitam kedalamnya biar hingga naik bau.
  • setelah itu, ambil daging tetel yg telah direbus td masukan kedalamnya…biarkan selama 1minit.( sekira air kurang tambah kan air )
  • selepas itu barulah masukan …keledek dan kentang yg telah di blender td..,kacau hingga rata..,dgn api yg perlahan. kacau sentiasa selama 5 minit, supaya tidak hagus kuwahnya..,kemudian barulh masukkan garam dah sebuk perasa ikut citarasa anda.
  • setelah itu tutup api..,siap utk di hidang.
  • cara-cara menhidangnya:
  • celur mee kuning dgn tauge..,kemudian titiskan kicap cair dan setelah itu letakkan kuwah td kedalam mee, dan letakkan telur, daun bwng, daun sup,limau sambal, bawang goreng, cili hijau hidup atau cili padi g telah di hiris td dan kemudian bolehlah kita makan..!!
  • oppsss….,terlupa pulak nk cakp …,taburkan sekali kerak mee kita td.
  • cubalah resepi ni…., insyallah 100% jadi…,makan mesti nk lagi.
  • huhuuu…,hampir terlupa..saya…,paru yg telah di rebus td ..boleh lah di grg mengikut citarasa anda..
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN