Resepi mi kolok dlm versi dayang. Sedap dan x muak. Boleh dimakan secara berkuah atau tanpa kuah/sup. Para penggemar mee, silalah cuba resepi ini….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Kolok

Resepi mi kolok dlm versi dayang. Sedap dan x muak. Boleh dimakan secara berkuah atau tanpa kuah/sup. Para penggemar mee, silalah cuba resepi ini….

BAHAN-BAHAN

  • 3-4 gulung mee sanggul / non-fried noodles
  • 1 sdm perencah sup
  • 100 g daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 8 biji cili api
  • 1 sdt serbuk lada hitam
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 5 sb kicap manis
  • 1 sb kicap pekat
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 1 sdt sos ikan / sos soya
  • 1 sdt cuka
CARA PENYEDIAAN
  • UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
  • UNTUK MEE : Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan. (gambar menunjukkan cth mi yg dyg guna)
  • Panaskan 2 sdm minyak masak dlm kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yg tlh ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang td. Perasakan dgn cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
  • Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sdm minyak masak dan goreng daging yang tlh dihiris td. Masukkan kicap pekat, 1/2 sb kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.
  • UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau xde kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
  • Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. Sediakan jg semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sbg kuahnya jika suka.
  • ****kalau nak meriahkan lg suasana mee ni, jika suka boleh jg dicampurkan dgn sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus dulu yer)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN