Mee Kolok ni adalah masakan mee yang paling terkenal di Sarawak. Resepi ni saya belajar dari pakcik saya yang buka gerai di kuching.:)

blog masakan saya: http://dapurapple.blogspot.com/

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Kolok Sarawak

Mee Kolok ni adalah masakan mee yang paling terkenal di Sarawak. Resepi ni saya belajar dari pakcik saya yang buka gerai di kuching.:)

blog masakan saya: http://dapurapple.blogspot.com/

BAHAN-BAHAN

  • Klik di sini untuk isi bahan
  • -Mee Kolok ( Satu bungkus ataupun kalau takde mee kolok, guna mee sanggul)
    -Daun bawang (dipotong halus)
    -Daun sup ( dicincang halus)
    -500gram daging (potong sederhana)
    -Bawang merah (di potong)
    -satu mangkuk kicap manis
    -Kiub pati lembu
    -Satu mangkuk tau
  • Untuk bahan sos:-
    -Segenggam cili padi
    -Satu mangkuk kecil sos cili (apple gunakan maggie sos)
CARA PENYEDIAAN
  • Cara-cara:
  • 1) Mula-mula panaskan minyak, kemudian gorengkan bawang merah.Setelah bawang bertukar warna kecoklatan, angkat dan tapiskan.
    2) Minyak bawang di pindahkan ke mangkuk kecik
    3) Rebus daging sehingga empuk.Setelah daging sudah masak, angkat kan.Air daging jangan dibuang.Digunakkan untuk membuat sup.
    4) Masukkan kiub lembu di dalam air rebusan dan tambahkan perasa secukup rasa.
    5) Didihkan air panas di dalam kuali yang berlainan.Setelah air nya mendidih , masukkan mee kolok di dalam nya.beberapa saat, toskan mee kolok.
    6) Di dalam mangkuk makanan, letakkan dua sudu besar minyak goreng, dan dua sudu kicap hitam.
    7) Gaulkan mee kolok yang telah direbus tadi bersama minyak bawang dan kicap manis.
    8) Masukkan sedikit daun sup, daun bawang, dan bawang goreng.gaulkan.
    9) taburkan daging dan sayur tauge di atas nya.
  • Untuk sos mee kolok:-
    -Blendkan cili padi dan sos cili (letakkan sedikit air)
    -Sedia untuk di hidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN