Mee Goreng Ummi

mudah dan sedap

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Goreng Ummi

mudah dan sedap

BAHAN-BAHAN

  • Sepeket mee kuning (450g)
  • 2 biji tahu
  • 10 ekor udang besar (dibiar kulit bhgn ekor)
  • Isi ayam dihiris nipis (sy guna bhgn dada)
  • 2 ulas bwg putih – cincang
  • Sebiji bwg besar – hiris nipis
  • 3 pokok sawi (dipotong saiz 1cm)
  • 1 1/2 sudu makan cili boh (sy guna puteri emas)
  • 7 sudu makan kicap lemak manis (sy guna kicap kipas udang)
  • minyak masak secukupnya (anggaran 1/2 mangkuk)
  • Hirisan cili merah
CARA PENYEDIAAN
  • panaskan minyak dan goreng tahu setengah masak. Jangan terlalu garing. kemudian asingkan tahu dan belah menjadi dadu. (anggaran 1 biji tahu = 12 dadu)
  • gunakan minyak menggoreng tahu tadi, tumis bwg putih cincang dan bawang besar yang dihiris nipis
  • masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak
  • masukkan hirisan isi ayam dan udang
  • setelah isi ayam dan udang td masak, masukkan mee dan gaul. kemudian, masukkan kicap manis dan kacau hingga campuran tadi sekata
  • masukkan sawi dan hirisan cili merah.

    * adjust rasa mngikut selera. jika ingin lebih masin boleh tambah kicap tetapi jika tidak mahu mee anda terlalu gelap, bolehlah gunakan garam.

  • mee siap utk dihidang. boleh hias mee anda dgn hirisan telur dadar atau tabur daun sup untuk menaikkan aroma. Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago