Resepi cipta Sendiri sebab terlalu banyak bahan dalam peti sejuk nak kasi clear.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Basah

Resepi cipta Sendiri sebab terlalu banyak bahan dalam peti sejuk nak kasi clear.

BAHAN-BAHAN

  • 3 keping mee segera tanpa goreng Brand CINTAN – Bentuk cam kueyteow kecik
  • Cili kering yang dikisar – agak2 kalau nak pedas kasi lebih..Jgn guna cili boh takut x sedap.
  • Ayam, Udang, sotong dan kerang
  • 1 cawan Air rebusan ayam atau daging atau ganti dgn 1 kiub ayam knorr ikut selera
  • Sayur sawi, kobis sama cili merah
  • 2 biji telor
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 senduk minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus air dan dah menggelegak masukkan mee tanpa goreng cintan tadi.. biar seketika dah kembang toskan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih biar garing masukkan cili sampai naik minyak, sos cili dan sos tiram..masukkan pula ayam, udang, sotong dan kerang. kacau sampai masak.
  • Lepastu masukkan air rebusan ayam atau daging .. biar sampai mendidih, masukkan sayur sawi dan kobis dan…baru masukkan telor dan mee yg dah ditoskan tadi.. Kalau nak lagi basah lebihkan air rebusan ayam.
  • Last sekali masukkan garam. Dah siap tabur dengan cili merah

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN