Resepi Mak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Bandung ala ShahRose

Resepi Mak

BAHAN-BAHAN

  • 2 bungkus mee kuning
  • 1 sb bawang putih (di kisar)
  • 1 senduk bawang merah (di kisar)
  • 1 genggam udang kering (direndam
    seketika kemudian dikisar)
  • 2 genggam daging lembu di potong
    kecik-kecik (slice/daging hancur
    pun boleh)
  • 2 genggam udang hidup sederhana
    besar dibersihkan
  • 10 biji ubi kentang dibersihkan kemudian di potong dua..rebus hingga empuk..kemudian di kisar dgn air
  • 1 genggam cili kering di kerat,dicelur kemudian di kisar hingga halus
  • 2 genggam taugey dia buang ekor – dicelur sebentar
  • 1 pokok sawi – di celur
  • 5 biji telur – direbus di potong dua/empat
  • 2 tahu – jika suka, dipotong dadu lalu digoreng
  • cili merah dihiris nipis
  • daun sup & daun bawang di racip halus
  • bawang goreng
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau, kemudian masukkan udang kering yg
    telah dikisar, masukkan cili kisar dan daging slice tadi… kacau hingga pecah minyak.
  • 2. Masukkan ubi kentang dah diblend bersama air, tambahkan lagi 2.5 liter air pili..(depends; kalau pekat campur air lagi, ikut kepekatan yang dikehendaki) kacau hingga
    mendidih baru masukkan udang hidup kacau seketika…perasakan garam dan sedikit gula… (kuah tak begitu pekat & tak begitu cair..)
  • 3. Siap dihidangkan bersama telur rebus, taugey & sawi, tahu, daun bawang dan daun sup, taburkan
    bawang goreng serta hirisan cili (jika suka)
    Insya Allah sedap…masak2 tu sambil selawat sekali..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN