Memang mudah dan cepat!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Bandung

Memang mudah dan cepat!

BAHAN-BAHAN

  • 500g mee kuning
  • *1 biji bawang besar
  • *3-4 ulas bawang putih
  • * 1/2 cawan udang kering, rebuskan dengan 1 cawan air
  • * 1 sudu besar serbuk cili kering, kalau tak suka pedas, boleh la kurangkan
  • * 3 sudu besar gula
  • 1 cawan air rebusan daging
  • 5-6 ekor udang hidup
  • Daging rebus – dipotong nipis-nipis
  • 2 biji telur untuk 2 orang makan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sayur kobis atau sawi
  • Kalau suka boleh la tambahkan hati, sotong atau kacang tanah
CARA PENYEDIAAN
  • Kisarkan semua bahan yang bertanda * di atas. Air rebusan udang kering tu pun boleh dicampurkan sekali.
  • Tumiskan bahan yang dikisar tadi, tapi jangan sampai garing.
  • Masukkkan sos tiram, air rebusan daging, daging yang di potong nipis dan udang hidup, gaul sebati.
  • Masukkan sayuran, garam secukup rasa dan pecahkan telur, masukkan dalam kuali.
  • Menggunakan hujung sudip, kocakkan putih telur tetapi biarkan kuning telur.
  • Bila menghidang, letakkan kuah di atas mee, dan kalau suka taburkan bawang goreng atau daun bawang.
  • Tips : Rebus awal daging dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak masak baru potong nipis-nipis :)

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN