Dapat dr penjual kacang putih kat stesyen bas.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Masalodeh Rangup
Dapat dr penjual kacang putih kat stesyen bas.
BAHAN-BAHAN
- 2 genggam kacang dal – direndam semalaman
- 1/2 bii bawang besar-didadu
- Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
- Daun kari -dihiris
- 1/2 kiub pati ikan bilis
- 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
- 1/2 biji telur
- secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..
CARA PENYEDIAAN
- Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
- Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
- Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
- Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
- Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
- Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.