Resepi dari arwah emak…rangup dan tidak padat.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
*-*Masalodeh*-*
Resepi dari arwah emak…rangup dan tidak padat.
BAHAN-BAHAN
- 1 1/2 cawan kacang dal
- 1 biji cili merah
- 2 cubit jintan halus
- 1 biji bawang besar
- 2 tangkai daun kari
- 2 sudu makan tepung gandum
- garam secukup rasa
- sejemput ikan bilis (ditumbuk)
- minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
- Rendamkan kacang dal selama 3 @ 4 jam. Tinggalkan segengam untuk yang kasar…dan selebihnya diblend halus bersama sedikit air.
- Selepas diblend tapiskan airnya. Masukkan ke dalam mangkuk satukan bersama kacang dal yang kasar tadi.
- Semasa airnya di tapis…heningkan airnya kerana terdapat kanji di dasarnya. Buang air dan kanjinya di satukan ke dalam kacang dal tadi.
- Hiriskan cili merah dan bawang besar satukan kesemua bahan2 yang lain…macam buat cekodok.
- Panaskan minyak dan adunan dikepal leper menggunakan tangan.
(Sekiranya nampak berderai di dalam minyak…tambahkan sedikit lagi tepung gandum) - Pastikan api sederhana sahaja.
- Selamat mencuba
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.