Masak Tempoyak Ikan Patin

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Tempoyak Ikan Patin

Masak Tempoyak Ikan Patin

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor Ikan Patin (Sederhana) – potong ikut cara masing2
  • 15 biji Cili Padi (Merah) ditumbuk- ikut pedas masing2
  • 2 inci Kunyit Hidup ditumbuk
  • 1 helai Daun Kunyit dicarik/ disimpul
  • 2 sudu makan Tempoyak dibancuh asing dengan sedikit air
  • 2 kuntum Bunga Kantan dibelah dua ATAU atau DAN 1/2 biji Timun dibelah dua dan serong
  • 3 – 4 pucuk Daun Kesum
  • 1 Keping Asam Keping
  • Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan bahan yang ditumbuk tadi dengan air (ikut sukatan masing2), masukkan Tempoyak, Daun Kunyit, Daun Kesum dan Asam Keping ke dalam periuk atau kuali. Masak sehingga kuah mendidih.
  • Masukkan Ikan Patin (basuh dan bersihkan dengan asam jawa terlebih dahulu), guna api yang sederhana kecil (jangan terlalu kacau supaya ikan tidak hancur), biarkan sehingga ikan masak secukupnya.
  • Masukkan Bunga Kantan, Timun (jika suka) sehingga kuah tidak terlalu pekat. Tambahkan garam secukupnya.
  • Siap untuk dihidang. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN